17 November 2012

Perjalan yang masih jauh

Salam blogger, 

Semoga semua masih sihat dan sentiasa dalam lindunganNya .. aminn 


Harini terasa ingin meluahkan sedikit rasa tentang situasi sekarang bab nikah kawen. Itu pom setelah semalam berbincang bab kawen dengan ehem ehem ..dan setelah berpikir lama akhirnya terluah juga isi hati ini


Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin – mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.


Ya, dalam Islam mas kawen itu wajib. Yang menjadi masalah sekarang ialah wang hantaran yang request berbelas ribu itu. 



Ok.. 
Sekarang kite masuk part mari muhasabah diri. 

Actually la kan, klo kite ni gilekan duit banyak kenapa tak kawen je ngan duit ?


Wang hantaran ialah pembayaran belanja kahwin yang tidak wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri atau pihak isteri tetapi lebih kepada amalan masyarakat setempat.
 
Pemberian ialah hadiah sama ada berupa wang atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada masa perkahwinan.


Paham tak ? 
Macam ni la, senang cerita.. memang la jodoh itu rahsia Allah S.W.T dan aku pom belum berkahwin/nikah tapi aku akan lalui semua itu .. insyaAllah. Tapi kite ade akal ade nafsu, kite ade cara ade tempat yang kite boleh memohon petunjukNya. Kenapa selami ini kite lalai, fikiran kite dikaburi bisikan syaitan ? #tepuk dada tanya iman


Marilah berfikir secara matang, adekah tiket kite hidup ini untuk nilai nafsu semata-mata, kejarkan dunia semata-mata. Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.


Ya, itulah perkahwinan, jangan susahkan perkara yang mudah kerana nafsu, atau dengan maksud lainnya jangan kerna nak kan wang hantaran yang tinggi kite merana tak kawen kawen. 

Kawen lah kerana Allah S.W.T bukan kerana nafsu. Cari lah titik tolak kebahagiaan, kerna disitu letaknya syurga alam rumah tangga. Sebenarnya aku pom baru sedar, dulu mungkin turutkan nafsu nak semua grand grand, tapi bila pandangan orang sekeliling kawen cerai kawen cerai tapi duit habis beribu bahagia pom tidak, disitulah bermulanya perkataan dalam hati ini "carilah kebahagiaan dalam perkahwinan"


Sekian ...