31 March 2014

i'm back (:

Assalamualaikum .

Salam bicara sepi sahabat sedunia.

i'm back.

Pejam celik pejam celik. Dah penghujung bulan Mac kita sekarang. Teman sekekliling pom dah silih berganti datang dan pergi. Kawan-kawan pom dah ramai yang kawen. Alhamdulillah..
Kite bila lagi ?

Saban hari digasak dengan persoalan entah bila penghujung majlisnya nanti. Aku sendiri pom tak tahu takdir Ilahi yang telah ditetapkan untuk aku.
Maaf. Aku sedikit terguris dengan pertanyaan sebegitu.

(:

Tunggulah ye, ade kad jemputan. Datanglah nanti.

Harini bos aku cuti. Aku sepi ditemani neon puteh keseorangan dipejabat.
Dan esok aku cuti. Balik KL..
Hehehe..
Bestnya..

Nanti doakan perjalanan aku selamat pergi dan pulang ya
Aku rindu mokmok aku
Oh, Tuhan..
Terima kasih atas rindu ini


05 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum ..

Salam Muhibah ...
Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru kan 2014
Kejap je ..




Second last semester..
Perasan sibuk sebab second last semester..

Apa azam anda tahun ni ?
Meh share meh,,

Senyum,,,
Azam tahun ni nak kawen boleh ?
Hehe..
InsyaAllah klo dah sampai serunya..
Janji Allah itu pasti..
Keep calm & Doa ..


Doakan segalanya dalam redha Ilahi

regard,
Aniza.



15 January 2013

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum

ehemm ehemm ..

Dah lama rasanye tak update blog. Dekat dua bulan kan. Rindu sangat nak update. Selalu log in
tapi bila log in je idea tu terus hilang. Lepas tu bila type-type lepas tu padam balik. sedih sangat bile jadi macam tu sebenarnya. 

Selamat Tahun Baru kawan-kawan. Biar la rasa macam dah lewat, tapi boleh wish lagi. Kan kan kan ...


 
Akhir kata, wish me luck for my FinalYearProject nanti ya .. 

 


17 November 2012

Perjalan yang masih jauh

Salam blogger, 

Semoga semua masih sihat dan sentiasa dalam lindunganNya .. aminn 


Harini terasa ingin meluahkan sedikit rasa tentang situasi sekarang bab nikah kawen. Itu pom setelah semalam berbincang bab kawen dengan ehem ehem ..dan setelah berpikir lama akhirnya terluah juga isi hati ini


Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin – mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.


Ya, dalam Islam mas kawen itu wajib. Yang menjadi masalah sekarang ialah wang hantaran yang request berbelas ribu itu. 



Ok.. 
Sekarang kite masuk part mari muhasabah diri. 

Actually la kan, klo kite ni gilekan duit banyak kenapa tak kawen je ngan duit ?


Wang hantaran ialah pembayaran belanja kahwin yang tidak wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri atau pihak isteri tetapi lebih kepada amalan masyarakat setempat.
 
Pemberian ialah hadiah sama ada berupa wang atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada masa perkahwinan.


Paham tak ? 
Macam ni la, senang cerita.. memang la jodoh itu rahsia Allah S.W.T dan aku pom belum berkahwin/nikah tapi aku akan lalui semua itu .. insyaAllah. Tapi kite ade akal ade nafsu, kite ade cara ade tempat yang kite boleh memohon petunjukNya. Kenapa selami ini kite lalai, fikiran kite dikaburi bisikan syaitan ? #tepuk dada tanya iman


Marilah berfikir secara matang, adekah tiket kite hidup ini untuk nilai nafsu semata-mata, kejarkan dunia semata-mata. Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.


Ya, itulah perkahwinan, jangan susahkan perkara yang mudah kerana nafsu, atau dengan maksud lainnya jangan kerna nak kan wang hantaran yang tinggi kite merana tak kawen kawen. 

Kawen lah kerana Allah S.W.T bukan kerana nafsu. Cari lah titik tolak kebahagiaan, kerna disitu letaknya syurga alam rumah tangga. Sebenarnya aku pom baru sedar, dulu mungkin turutkan nafsu nak semua grand grand, tapi bila pandangan orang sekeliling kawen cerai kawen cerai tapi duit habis beribu bahagia pom tidak, disitulah bermulanya perkataan dalam hati ini "carilah kebahagiaan dalam perkahwinan"


Sekian ... 


11 November 2012

Kawen Aku kena Kawen







 "Awak kena kawen jugak, mama dah sediakan semuanya"_mama 

"Nak kawen ngan sape mama, aduhai.. calon pom tak ade nih.."

"Tu ngan manusia hensem sebelah awak tu hah.. !" _mama



Aku senyap, sambil toleh ke arah makhluk hensem sebelah tapi sayang die membelakangi aku, nampaknya die khusyuk membelek baju nikah kami yang berwarna puteh.




"Huuh .. !" Aku duduk di butik pengantin sambil merengus kasar.


Tiba-tiba ade something bergegar disebelah .. lalu aku dengar berat hatinya membuka mata dan.. mimpi itu terhenti disitu . . .


Apa makna semua mimpi ini ? Tapi yang heran character mama dalam mimpi tu tak sama langsung ngan mama yang inthisrealworld.. haru perasaan baru bangun tdo pagi tadi tau ,,





31 October 2012

Worldless Wednesday



Hai,
Salam ceria untuk para blogger tegar .. 
Marilah layan worldless wednesday ..  










Bye ,, !   



27 October 2012

Aidil Adha




Salam Aidil Adha,


Masih belum terlambat rasa nya untuk ucapan bahagia sebegini kan, sekali lagi. Salam aidil adha maaf zahir batin ..  ^_^


Perihal tentang perjalan balik kg tempoh hari, balik bersama sang abg yang gagah perkasa yang tersilap masuk jalan lama ke bentong. Oyeah, itulah saat-saat dimana merungkai kembali memori lama pada waktu 2007. Pada tahun 2007 itu aku balik bersama along, kemain lalu jalan lama tu yang bengkang bengkok bagai ular dipalu tapi yang istimewa saat itu pada bulan ramadhan.


Selasa malam hari itu, masuk lagi sekali bersama abg, tapi aku tak mampu menahan gelodak rasa bagai ular dipalu jalan lama tersebut lalu memuntahkan segala isi perut. Tapi time tu abg dh patah balik kL semula pom.


Demam campur letih pening dan loya, muntah lah jawabnya,


Tapi klo part blk kg, memang segar terus wpom 70%. Ni hasil kerja gigih bersama anak buah yang suka sangat cakap banyak-banyak ,,

Ni apam polkadot. 


Yang ni kerepek ubi kentang. 


Kerepek ubi kentang tu saja je nak try buat, saja godek-godek resepi. Konon lah saja kan sampai tesco Kota Bharu nu perGi beli ubi kentang oi. haha .. !   Dah la time nak balik tu jem nye Ya Rabbi .. Tuhan je tahu. sampai pukul 9 mlm kot dekat rumah. tak pernah lagi la balik lewat sampai cmtu. sensorang pulak. Scary okeh.. 


Ok, itu saja, demam pom kembali bertakhta ni, selsema pom menyinggah jua.. Marilah doakan Aniza cepat sembuh, sekali lagi Salam Aidil Adha..