30 September 2012

Entry Bertunang

Percaya tak klo awekminicooper ni dh bertunang ? hihih


Semalam upload gambar makeup tu, pakai concealer Revlon, memang makeup lawa sangat, tak tipu.. 
lepas tu buat dp (default picture) dekat facebook, rasa dh lama tak tuka dh dekat sebulan tak tukar dp. 


Ingatkan tak dapat nk upload penukaran dp tu sebab guna unifi hostel, so macam lambat lah sikit.. Lagipom terus-terus logout fb sebab nk golek-golek atas katil nk baca novel. Handphone takde amik data plan pom, so tak tahu lah ape yang berlaku dekat fb tu. 
 

Pagi tadi bangun-bangun je online, tengok notification tu dah berbelas kawan 'like' dp, agak terkejut lah sebab setting 'only me' je kan tetiba kawan 'like' bagai, haru sekejap jiwa nih.. Dah la kawan-kawan ucap tahniah. Nak reply komen pom nak tak je sebab tak kan nak cakap cmni " eh, tak tunang pom photoshoot je gmbr tu" sah sah mereka tak percaya kan. So diam je lah.. 


Dan, baru terfikir rupa-rupanya fb ni klo kita upload dp baru die jadi auto setting 'public' so be careful lah ye. 


Comei tak makhluk ni.. Ni kawan bagi sempena Hari Jadi setahun yang lalu .. Kesian die sampai tersepit-sepit tdo, tapi suka sangat tdo atas riba die, peluk die sebab rasa tenang sangat mungkin die bagi seIKHLAS hati kan.. 



Terima Kasih awak ..  Saya sayang kawan saya .. !


28 September 2012

Setelah semuanya berlalu

Kadang-kadang cerita lalu buat aku terpikir sampai bila aku harus terkadang ditakuk nan lama, sedangkan pantai lagi berubah inikan pula manusia sebaik ciptaanNya..


Pengalaman itu mendewasakan kita menjadi seorang insan yang tabah dalam menempuh ranjau hidup dimuka bumi ini sebelum menggalas satu tanggungjawab yang lebih besar.

"Tuhan sayangkan kita za, sebab tu Tuhan uji za macam-macam"

Betul aku sokong, memang sangat menguji kesabaran aku, hingga kemuncaknya aku mengadu pada Sang Pencipta Yang Maha Esa, Alhamdulillah, syukur jua padaNya sebab makbulkan permintaan insan yang banyak dosa ini..


Dan aku harap semua cerita lalu buat aku berwaspada sampai bila-bila untuk terus berkawan, kite punya cara tak semestinya 'kawan' kite tu dapat terima, ade yang menindas dan ade yang 'okay' je..


Berwaspadalah ..